Welcome to my purple,pink blog.You want to +Follow or go back to your Home
❀ HadaaNiaa ❀

KEPERCAYAAN

Views
Cik Ain Membebel Lagi..



Kau percaya tak dekat aku bila aku kata yang tingginya nilai KEPERCAYAAN TU ?
Semua orang ada kepercayaan yang dia beri pada orang lain. Dengan kata lain "orang yang dia percaya". Tapi sayangnya tak semua kepercayaan tu dihargai dan ada juga yang disalah erti.

Aku bagi contoh terdekat. Benda ni jadi dekat aku dan banyak aku jumpa benda ni jadi. Tapi tak tahu la kau yang baca ni sedar ke tak.

Ok, macam ni.Pernah tak pasangan korang guna ayat "Dalam hubungan mesti ada kepercayaan. Tak sampai mana hubungan kalau tak ada kepercayaan". Something like that la. Ok, dalam hidup aku, selalunya lah kan. Orang yang guna ayat ni (lg2 waktu tngah gaduh) dia 'tengah menipu'. And thats y dia guna ayat 'PENTINGNYA KEPERCAYAAN'. Aku tak kata semua orang macam tu la. Srsly, aku tak kata ! Tapi dalam hidup aku, aku kena macam tu. Entah lah. Mungkin kepercayaan tu disalah erti ? Apa entah dia maksudkan dengan PENTINGNYA KEPERCAYAAN dalam keadaan dia tengah menipu. Tapi dalam situasi tu, aku tak percaya dia pon. Sebab dah terang-terang dia tipu aku. Aku cuma pura-pura percaya je sebab kononnya tak nak hilang orang yang aku sayanglah kan. Akhirnya, dia tinggalkan aku sebab dia da ada orang lain.

*Moral of the story:
Jangan percaya orang. Walaupun kau sayang dia. HAHAHA
Jangan bodoh macam aku ya.. kk bye*



Sabar jap, aku tak habis lagi ni.
Kepercayaan memang sesuatu yang penting dalam hubungan. Tapi janganlah disalah erti. Kalau orang tu dah percaya dekat kau, janganlah musnahkan kepercayaan dia. Janganlah guna ayat KEPERCAYAAN tu untuk menutup segala PENIPUAN kau. Nak dapat kepercayaan tu sekali je. Sekali kau musnahkan, benda dah tak jadi apa. Sama macam hati jugaklah. Sekali kau lukakan, parutnya sampai bila-bila. Rapuh.. Macam kau jugak..

Lagi satu, MAAF. Lepas da jadi semua benda ni. Apalagi ? Mintak maaf lah kan. Tapi tu la, mintak maaf tu senang je. Aku pun boleh buat. Tipu orang sana-sini. Lepastu, mintak maaf. Senang. Tapi, nak lupakan tu yang tak semudah kata.*ayat ego*



Ramai orang nasihat aku "MAAFKAN, IKHLASKAN, REDHA. INSHA ALLAH, KETENANGAN MILIK KAU".

And ya, aku percaya semua yang jadi tak ada yang kebetulan. Semuanya ketentuan. Allah dah atur perjalanan hidup kita seindah-indahnya. Setiap yang jadi, ada hikmahnya. Allah maha ADIL. Yang baik, dibalas baik begitu juga yang sebaliknya.




Sental lah sikit button LIKE tu . Kalau Artis korang laju je~ *perli*