Welcome to my purple,pink blog.You want to +Follow or go back to your Home
❀ HadaaNiaa ❀: Tutup dan buang

Tutup dan buang

Views
Hai assalamualaikum yang masih berbaki. Berapa jam lagi kita akan sambut tahun baru.

Bila sebut je tentang tahun baru. Dalam otak aku muncul lah pasal semua yang baru. Like kehidupan, suasana, pengalaman dan banyak lagi. Setiap kali tahun baru aku akan cakap "tk sabarnya nak jumpa dengan kenalan-kenalan yang akan datang!". Macam tu jugak lah waktu 2017 masih muda. 

Apa yang aku mampu katakan ialah 2017 ni RARE sungguh. Sebabnya aku banyak tempuh perkara yang baru dan agak mengejutkan. Sebab tahun 2017 ni merupakan tahun yang banyak main hati aku, perasaan aku. Aku dapat jumpa dengan orang pelik, tak ada perasaan dan suka tengok aku jatuh. Antara kesalahan dan perkara bodoh yang aku buat ialah aku sayang orang yang tak sayang aku, aku berkorban untuk orang yang korbankan aku dan aku cari kebahagiaan dekat orang yang menjatuhkan aku. 

Tapi biasalah macam yang aku kata sebelum ni. Kita ni cuma R&R je. Manusia singgah sekejap. Nanti dah tiba masa, dia gerak pergi R&R lain sampailah bila dia dah jumpa hala tuju ke destinasi. Kau fahamkan apa aku cuba sampaikan ni? Macam kehidupanlah. Boleh diibarat station kereta api. Ada banyak hala tuju kau boleh pilih. Ada masa kau tersalah pilih. Takpe, tunggu di station yang lain, dengan tujuan yang lebih baik. Insha Allah.

Aku hidup banyak kena kutuk, umpat. Tapi aku biar aje. Setakat dilupakan, diabaikan dan ditinggalkan tu dah macam rutin hidup aku. Aku dah lali. Dan aku tahu, semua ni demi keberanian aku nanti. Setakat kena PERLI tu selalu sangat. Tapi biarlah si pemerli tu tahu rehatkan diri. Sebab aku pun tak peduli. 

Dan ini jalan aku. Ini jalan yang aku pilih. Aku pilih untuk SWITCH OFF semua kisah lampau. Aku mintak maaf, aku terpaksa buang semua perkara yang buat aku rasa tak berharga. 

Kalau dulu aku selalu kata "please stay!"
Sekarang "if you want to go. Just go !"

Hidup ni singkat weh. Izinkan aku jalani kehidupan aku dengan cara aku. Untuk gembirakan hari-hari aku. Tentang kisah lama yang masih segar diingatan moga dilupakan. Tipulah kalau aku tak terluka. Sedangkan lebih dari luka. Parah. Pedih, bercalar. Hancur-lebur. Remuk. Berkecai dah. Tapi biarkanlah. Aku tutup kisah kita dah lama dulu. Tapi tak mampu untuk padamkan kenangan kita waktu tu.

Hari ni, aku kutipkan sisa rasa yang masih berbaki. Aku letakkan dalam beg plastik hitam. Aku ikat dan tutup rapat-rapat. Kemudian, aku buangkan jauh-jauh. Yang manis pun aku tak mahu kenangkan lagi. Sampah !

Aku dah switch off suiz yang masih terbuka dengan kisah kita. Aku ganti dengan yang baru. Yang lebih indah. Yang lebih manis. Yang bakal wujud dalam episod baru hidup aku.

Selamat tahun baru 2018 semua ! 
Hidup ni terlalu indah. Dan aku.... Tak rindukan masa lalu. 

LOVE, Ain.


Sental lah sikit button LIKE tu . Kalau Artis korang laju je~ *perli*


0 0 Comment: