Welcome to my purple,pink blog.You want to +Follow or go back to your Home
❀ HadaaNiaa ❀: 12/08/17

Semampu Aku

Views
Assalamualaikum. Ini sebagai pembuka kata. Aku taknak ada introduction panjang-panjang. Jadi aku teruskan je.

Pertama sekali, aku yakin dalam ramai-ramai pembaca blog aku. Atleast, ada lah seorang dua, yang boleh mendalami watak hidup aku. Sebab dekat ask.fm pun aku selalu dapat question yang berkaitan dengan apa yang aku nak katakan ni.

Kita sebagai manusia memang tak boleh lari dari masalah. Masalah duitlah, cintalah, hidup, belajar, kawan ataupun apa-apa je. Pernah tak kau rasa down bila kau diuji macam ni ? Apa kau buat ? Selain cari sejadah untuk bersujud, mesti kau nak bahu yang boleh kau sandar. Tipulah kalau tak nak. Hati kau lelah kot. Atleast, kau nak orang tahu yang kau ada masalah. Selebihnya kau diamkan je, kau tutup dengan senyuman. Makan hati je.
Pernah tak kau dapat ayat macam dekat bawah ni bila kau start luah perasaan kau, masalah kau dekat orang ?

"Alaa, benda kecik pun nak besar-besarkan. Aku kena dulu lagi teruk. Ok je"

"Rileks boleh tak ? Gelabah lah kau. Benda macam tu tak payah fikirlah"

"Dah la wei. Kau dah cerita benda ni banyak kali. Benda dah lama kot. Tak habis lagi ke? Aku pun ada masalah macam kau jugak. Rilek je."

Sumpah ni tak membantu. Wei, orang sakit tu pun perlukan bantuan lain untuk pergi ke hospital. Perlukan doktor untuk rawat sakit dia. Salah ke seseorang tu nak mengadu rasa sakit dia dekat kau. Atleast lah kalau kau takleh bantu sekali pun. Tak payah nak buat dia rasa macam dia ni sampah sangat. Aku pernah rasa. Sebab tu aku tahu. 

Ada sampai satu tahap bila aku kene hadap masalah yang besar bagi aku. Tapi TAK bagi orang lain. Aku diamkan je. Sebab DAH MALAS nak hadap orang yang tak faham situasi orang lain. 

Ya, memang betul kau pernah hadapi perkara yang sama (Kononnya fahamlah).Tapi kau kena ingat ye. Manusia ni sama. Tapi diduga dengan dugaan yang berbeza-beza dan kemampuan jugak berbeza. 

"Allah uji kau sebab Allah tahu kau mampu hadapi. Ujian yang hebat, untuk orang yang hebat. Sabarlah, pelangi akan datang selepas hujan. Setiap yang jadi ada hikmahnya"

"Aku faham perasaan kau. Aku pun dalam situasi kau. Sabar ye. Aku tak mampu nak tolong. Tapi kau boleh luah masalah kau dekat aku. Sekurang-kurangnya kau tak terbeban sangat"

Aku rasa kau boleh guna pakai ayat atas ni kalau memang kau tak boleh nak bagi lega sikit hati kawan kau. 

Setiap orang ni bertempuh dalam kehidupan yang kita tak nampak susahnya, pahitnya, sakitnya. Apa yang dia luah pun tak sama dengan apa yang dia rasa. 

Manusia ni cuma tengok apa yang kita hasilkan. Contohnya kejayaan. Tapi tak pernah tahu peritnya dugaan yang kita dah tempuh untuk kecapi apa yang kita inginkan. Kau nampak orang tu 'jutawan' kau dah kata "untunglah kaya". Tapi disebalik semua tu dia dah rugi berjuta-juta, da hadap banyak kehilangan dalam hidup dan kau tak tahu pun. 

Tapi apa yang aku belajar dalam hidup ni. Orang tak suka dengar masalah kita. Jadi, diam je lah. Mengadulah pada yang Maha Mendengar. Dia setia dengar masalah-masalah kita. Kadang aku sedih. Orang anggap aku diam, aku ok. Gigih selindungkan masalah sendiri. Sebab tu kalau tiba-tiba ada air mata yang jatuh, aku lari jauh-jauh. Waktu tu mungkin dah tak tertahan. Tapi aku cuba semampu aku. Aku akan diam. Orang takkan faham. Bertahanlah. 


Sental lah sikit button LIKE tu . Kalau Artis korang laju je~ *perli*